..the singing IM
AutoResponder??
Jun 10th
Sistem autoresponder boleh diumpamakan sebagai seorang setiausaha atau sebagai seorang personal assistant yang bertindak menyelia segala aktiviti pemasaran email anda. Secara ringkasnya, proses kerja sistem autoresponder adalah seperti berikut: 1.Anda bina kempen pemasaran email yang diperlukan pada sistem autoresponder.
2.Anda dapatkan code borang subscribe (OPT-IN) kempen pemasaran yang telah dibina untuk dimasukkan ke dalam laman web anda.
3.Web yang telah mengandungi borang subscribe tersebut dipromosikan.
4.Pelawat yang melayari ke web tersebut akan mendaftar pada borang subscribe dengan memasukkan nama dan alamat email mereka.
5.Data mereka akan disimpan ke dalam database kempen pemasaran autoresponder yang terlibat Read the rest of this entry »
Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda
Jun 5th
Pemasa
ran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.
Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.
Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-
1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang
Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu ‘detail’ dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat ‘call to action’ dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam ‘meminta’ pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan. Read the rest of this entry »
Tiada Produk? Jangan Risau …
Mar 27th
Hari ini pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.
Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya.. anda takut hendak bermula? Tiada panduan ? tidak ada produk?
Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak. Salah satu kaedah dan juga salah satu jalan pintas untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya. Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan.
Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :
1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR) Read the rest of this entry »
5 Rahsia Kegagalan Affiliate Dibongkarkan!!
Feb 24th
Susah sangat ke nak dapat komisyen affiliate?
Seperti yang kita maklum, ramai orang baru yang mula-mula menceburi diri dalam pemasaran affiliate ini sering mengalami kegagalan menjana komisen. Sering saja dilihat orang baru ini mengadu akan kegagalan mereka kepada mereka-mereka yang berjaya dalam pemasaran affiliate ini.
Mereka berkata, mereka sudah melakukan bermacam-macam teknik promosi hasil panduan dari panduan yang dibeli mahupun yang boleh didapati percuma di internet. Tapi mereka masih gagal! Akibatnya, panduan yang dibeli mereka disalahkan!
Mengapa hal ini terjadi sebenarnya? Read the rest of this entry »
Artikel Saya di ManggaOnline.Com
Jan 28th
Agak lama saya tidak menulis di blog ini,maklumlah sibuk dengan urusan promosi ebook Rahsia Vokal saya yang baru dilancarkan awal bulan tempohari.Bukan itu sahaja,saya pun agak sibuk dengan urusan jual beli dengan pelanggan yang kekadang tu banyak karenahnya,kena banyak bersabar dan cuba sedaya upaya memahami kehendak pelanggan.
Alhamdulillah sambutan ebook ini juga boleh dibanggakan,memandangkan niche ini adalah yang agak jarang atau tidak keterlaluan saya katakan ianya adalah satu-satunya ebook yang pertama di Malaysia membicarakan tentang vokal,maka promosi perlu dilakukan dengan bijak. Read the rest of this entry »

.gif)










.gif)
Komen Terbaru