..the singing IM
Bagaimana Lagu Dirakamkan
Mungkin ramai anda diluar sana yang masih samar-samar bagaimana seseorang penyanyi merakamkan lagu mereka.Proses merakamkan lagu bermula apabila seseorang komposer itu memberikan lagu yang masih “raw” kepada penerbit album dan penerbit pula akan membuat susunan muzik atau ada juga yang mengupah music arrangger mengikut kesesuaian genre,konsep,range suara, atau identiti penyanyi yang bakal merakamkan lagu tersebut,proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu.
Setelah ianya siap maka music arrangger tadi akan serahkan kepada penerbit untuk approval.Apabila penerbit berpuashati maka dia akan menghantar muzik itu tadi untuk diserahkan kepada penulis lirik pula.Penulis lirik akan menulis lirik berpandukan kepada melody guide dalam lagu tersebut.Proses penghasilan lirik ini kadang-kadang tidak menentu tempoh waktunya,terpulanglah pada kreativiti seseorang penulis lirik tersebut.
Kini lagu itu tadi hanya tinggal untuk dirakamkan sahaja,namun begitu lagu beserta lirik ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada si penyanyi untuk dia menghayati melodi serta menyuaipadankan lirik dengan melodi..seterusnya menghayati lirik lagu tersebut.Mengikut pengalaman saya,proses ini mengambil masa lebih kurang 2-3 hari sebelum ke studio rakaman,walaubagaimanapun penerbit berhak untuk mengubah sedikit lirik atau melodi asal jika dia rasa bersesuaian
Setelah proses tadi selesai si penyanyi itu bersama penerbit akan ke studio rakaman.Sampai jer maka mula lah penyanyi itu menyanyiiiiiiii…..ada setengah penyanyi memulakan rakaman di bahagian chorus terlebih dahulu,ada pula yang lebih selesa dengan menyanyikan bahagian bridge dan verse dahulu.
Untuk pengetahuan anda,sessi rakaman lagu ni adalah sangat kritikal,ketelitian dan kesempurnaan harus dijaga baik dari segi vokal dan juga penghayatan lagu demi menghasilkan lagu yang berkualiti.Untuk itu penerbit akan memantau sesi rakaman ini,ada juga sesetengah penerbit yang mengarahkan seorang penata vokal untuk memantau vokal,serta penghayatan si penyanyi semasa proses rakaman.
Penerbit serta penata vokalnya ini akan menghalusi setiap bait lagu,patah agu,tempo,sebutan,pernafasan,pitching,low note,high note dan apa saja yang berkaitan dengan teknik vokal dan penyampaian lagu.
Saya ambil contoh lagu saya,Ramalanku Benar Belaka,dimana liriknya bermula dengan….’hingga ke saat ini...”ok sebutan ‘hingga’ tu mesti kena jelas begitu juga dengan pitching,bila selesai rakam jika hasilnya berjaya kat sebutan ‘hingga‘ sahaja tapi pitching kat ‘ke saat ini’ ada tergelincir sedikit maka kenalah penyanyi tu rakamkan balik untuk baris lirik itu sahaja,tapi bila rakam balik ‘ke saat ini’ pitching dah ok tapi sebutan ‘hingga’ pula dengar macam ‘higga’,so kena buat balik..betulkan sebutan,cuba anda bayangkan itu baru proses rakaman untuk baris pertama sahaja..betapa kritikal dan stressnya proses rakaman ini
Pada keseluruhannya,proses rakaman lagu untuk lagu yang hanya panjangnya antara 3 minit -5 minit akan mengambil masa antara 45min – 5jam bergantung kepada kepakaran vokal si penyanyi
Setelah selesai lagu tersebut akan dihantar kepada mixer untuk diadun bunyi atau mixing untuk menaiktaraf kualiti bunyi lagu tersebut dan untuk ‘memerdukan’ lagi suara si penyanyi
Jadi itulah serba ringkas,mengikut pengalaman saya merakamkan lagu dalam studio.Kesimpulannya lagu yang hanya panjangnya 5 minit bukan bererti rakaman lagunya juga mengambil masa 5 minit.

.gif)










.gif)
05/12/2009 - 10:23
so far mmg kami satu band ada jugak jamming tapi nak buat comeback susah sikit memandangkan kami ni tua tua da tak laku kot hehe
03/12/2009 - 22:10
salam Zarul…x de perancangan nak ‘re-union’ ke..
01/12/2009 - 21:32
ya betul, jgn beli cd cetak rompak atau download free hehehe,kesian artis kita
01/12/2009 - 09:47
Salam…ho..ho.. rumit rupanya nak menghasilkan album ni…ek.
Zarul, sy sukakan muzik,lagu Ramalanku Benar Belaka antara lagu yg saya suka krn melodi & liriknya.
Era 90an waktu lagu2 rock tgh naik sy pun ’sebok’ gak buat band ngan kwn2,konon nak jadi artis…tapi x kesampaian..ha..ha..
So skrg ni layan je lagu2 lama…klu ada majlis kawin…adae plak karaoke time tu le nak melalak…saje nak enjoy.
Ok Zarul thnk’s 4 sharing n good luck