..the singing IM
Forum WangCyber Sumber Info Terbaik IM Tempatan
Sepertimana yang kita ketahui forum di internet adalah tempat perbincangan para pelayar web bagi membincangkan pelbagai perkara serta berkongsi maklumat sesama mereka.Bagi Internet Marketer forum adalah salah satu platform yang penting bagi memasarkan produk-produk mereka,kerana di forum lah tempat yang sesuai kerana ramai trafik yang boleh dijadikan prospek kepada produk mereka.
Saya kira ramai IM yang kenal dengan Forum wangcyber.com. Forum ini diasaskan oleh saudara Suth,seorang IM yang dikenali ramai.Kewujudan forum ini amat bermakna pada semua IM kerana disini lah tempat berkumpulnya IM seluruh negara bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan pemasaran internet.Yang paling penting forum ini disertai oleh ramai BIG IM2 di Malaysia seperti Smartzul,Labanon,AmmrZahar,Alang,Inspiration,dan ramai lagi.Kehadiran mereka di forum ini banyak membantu usahawan internet yang masih baru untuk menimba ilmu pemasaran internet.
Berdasarkan pengalaman saya,forum ini adalah salah satu sumber maklumat bagi saya untuk menggali ilmu ilmu pemasaran internet ketika saya mula menjerumuskan diri dalam bidang keusahawanan internet suatu ketika dulu.Selain maklumat ‘percuma’ yang diperolehi disini,usahawan internet juga dapat melebarkan network mereka dikalangan usahawan usahawan internet yang lain sekaligus dapat membina reputasi diri dan perniagaan.Tak dinafikan jika anda aktif di forum ini anda juga akan ‘up-to-date’ dengan isu isu terbaru yang berlaku dalam perniagaan internet contohnya,kita akan dapat tahu apakah produk terbaru yang dilancarkan,apakah tip-tip terbaru dalam adsense,apakah affiliate yang terbaru dan hangat untuk disertai,PPL terbaru dan sebagainya.Tak lupa juga pertandingan afiliate atau lebih dikenali sebagi ‘Cabaran’ dalam forum wangcyber yang merupakan ‘thread’ untuk IM menguji skil pemasaran mereka
Bagi usahawan internet,menyiapkan sesautu produk memerlukan mereka yang pakar dalam bidang tertentu,contohnya untuk membina satu minisite memerlukan seorang pakar reka grafik yang mahir.Di forum wangcyber segalanya ada,apa yang anda perlukan adalah membuka satu thread dan buat pengumuman untuk mencari grafik designer..dan dalam beberapa minit jer anda akan dihujani reply yang menawarkan servis itu kepada anda.Ini juga akan membantu para IM untuk memilih harga yang berpatutan dan dirasakn murah atau dalam bajet mereka.
Jika diikutkan banyak lagi sebenarnya kelebihan kelebihan yang akan anda dapat jika menyertai forum wangcyber.com. ini.Jadi jika anda masih lagi baru dalam bidang ini saya rekomenkan anda untuk menyertainya
Kesimpulannya Forum WangCyber merupakan sumber info terbaik setakat ini di Malaysia selain beberapa forum yang seumpamanya seperti DuitMania.com dan JomBincang.com.
p/s pada saya wc ibarat perpustakaan bagi IM dan macam macam ada…

.gif)










.gif)
30/12/2009 - 11:09
Hi
Thank’s for this page, very useful info.
–
15/12/2009 - 22:39
Salam bro,
Ya, semasa saya melibatkan diri pada tahu 2006, perkataan Usahawan Internet pada google search engine hanya ada WC,shuth,saifulsham,IK dan smartusaha (seingat saya).
WC memanglah forum yang hebat pada masa kini, boleh diusahakan forum WC menjadi lebih berkualiti
14/12/2009 - 12:27
memang betul tu, wc ni dah jadi rutin harian saya untuk menambah ilmu pernigaaan internet
14/12/2009 - 12:13
betul tu, aku kenal WC ni dari owner dia sendiri, shuht
pastu terus ketagih sampai skrg
06/12/2009 - 11:06
Salam….
Sy baru jer joint WC ni…mmg x dinafikan,forum ni adalah satu sumber ilmu perniagaan internet yg baik.
”Macam-macam ada”
03/12/2009 - 16:54
spam…saya pun tahu kat wc gak,dan banyak lagi la
03/12/2009 - 16:52
awak baca ebook smartzul-kuasa forum—anda akan tahu forum ni adalah salah satu dr cara pemasaran internet
03/12/2009 - 14:23
betol..betol..betol
aku pun terjerumus dalam WC ni
mmg dah jadi regular place utk aku lepak2 bila berseorangan kat rumah
aku kenal erti sebenar SPAM kat WC ler
banyak ilmu kat situ
sesuai utk sesapa saja join, esp newbie kat luar sana
meh ler join
p/s: kalau WC registration tu ada affiliate/PPL ka, mesti best
02/12/2009 - 02:11
first forum tentang IM yang saya join adalah WC! dah lama tengok forum ni,baru2 ni jer baru tergerak untuk register sebab tahu forum memainkan peranan utama untuk bergiat aktif dalam IM ni.
01/12/2009 - 21:36
sememangnya ilmu percuma je kat sana
01/12/2009 - 21:36
ok lah tu bro…sekali sekala datang lah wc boleh tukar2 fikiran
01/12/2009 - 21:35
begitu juga dengan saya
01/12/2009 - 21:33
terima kasih bro shukor atas komen yg bernas
01/12/2009 - 12:37
perkongsian yg baik bro..aku pun dh lama tak ke wangcyber..ape dah jd kat cne pun aku tak tau..hehe
sibuk berblogging je kjenye..haha
nnt klu free aku jenguk2 lg la kat sne..hehe
01/12/2009 - 10:31
Salam Bro Zarul
Betul tu, WC lah forum pertama yang saya terjun bila mula mencari ilmu perniagaan internet. byk ilmu kat sana yang boleh dapat percuma. yang penting kena rajin cari dan aplikasikan apa ilmu yang kita dapat.
Ramai otai yang suka singgah kat forum tu yang sentiasa berkongsi pendapat, tips dan sebagainya.
Forum nie memang sesuai untuk promosi, bina networking, cari JV partner dan macam2 lagi.heehhe
Thanx Bro sebab kongsi ilmu pada para pembaca.ehehe
AmrilMuidz
01/12/2009 - 09:44
Ya, memang benar forum WC ibarat perpustakaan bagi mereka yang ingin buat duit melalui internet. Untuk belajar ilmu perniagaan internet @buat duit melalui internet, kita boleh belajar sama ada dari ebook, report, audio, video, blog mahupun forum. Saya lebih suka belajar dari forum kerana ia lebih fokus kepada perkara yang kita mahukan. Tambahan pula ianya percuma
Apa pun Tahniah buat bro Zarul di atas blog baru ni. Cool!!
01/12/2009 - 07:39
oh
memang wc membawa makna besar dalam penglibatan IM saya
permulaan earning adsense saya pun dari byk info di sana