Agak lama saya tidak menulis di blog ini,maklumlah sibuk dengan urusan promosi ebook Rahsia Vokal saya yang baru dilancarkan awal bulan tempohari.Bukan itu sahaja,saya pun agak sibuk dengan urusan jual beli dengan pelanggan yang kekadang tu banyak karenahnya,kena banyak bersabar dan cuba sedaya upaya memahami kehendak pelanggan.

Alhamdulillah sambutan ebook ini juga boleh dibanggakan,memandangkan niche ini adalah yang agak jarang atau tidak keterlaluan saya katakan ianya adalah satu-satunya ebook yang pertama di Malaysia membicarakan tentang vokal,maka promosi perlu dilakukan dengan bijak.

Baru-baru ini saya telah menjejak kawan kawan reporter saya di UtusanKarya Sdn Bhd bagi mempromosikan ebook Rahsia Vokal ini dan juga perniagaan internet saya sekaligus.Semoga dengan keluarnya artikel ini dapat mewar-warkan maklumat ini kepada orang ramai dan juga peminat-peminat saya dulu–hehehe,harap ada lagi la yg minat

Dikesempatan ini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penulis artikel tersebut iaitu saudara Rosli Manah yang sudi meluangkan masa untuk menulis artikel ini di Mangga Online

Jika anda berminat untuk membaca artikel ini silakan membacanya DISINI