..the singing IM
AutoResponder??
Sistem autoresponder boleh diumpamakan sebagai seorang setiausaha atau sebagai seorang personal assistant yang bertindak menyelia segala aktiviti pemasaran email anda. Secara ringkasnya, proses kerja sistem autoresponder adalah seperti berikut: 1.Anda bina kempen pemasaran email yang diperlukan pada sistem autoresponder.
2.Anda dapatkan code borang subscribe (OPT-IN) kempen pemasaran yang telah dibina untuk dimasukkan ke dalam laman web anda.
3.Web yang telah mengandungi borang subscribe tersebut dipromosikan.
4.Pelawat yang melayari ke web tersebut akan mendaftar pada borang subscribe dengan memasukkan nama dan alamat email mereka.
5.Data mereka akan disimpan ke dalam database kempen pemasaran autoresponder yang terlibat
6.Seterusnya sistem autoresponder akan bekerja menghubungi pelawat ñ pelawat yang telah mendaftar pada sistem dengan mengirimkan email ñ email yang telah anda tetapkan sewaktu pembinaan kempen pemasaran tersebut. Sistem autoresponder ini akan bekerja setiap hari selama 24 tanpa henti berdasarkan tempoh kala masa yang anda tetapkan untuk sistem ini beroperasi. Sebagai contoh, anda membina kempen pemasaran email A. Dalam kempen ini, anda menetapkan 3 email penghantaran iaitu: -Email yang pertama adalah ucapan terima kasih anda terhadap pelawat yang telah mendaftar ke dalam sistem autoresponder. Email ini dikirimkan sejurus selepas pelawat mendaftar. -Email kedua pula anda tetapkan tempoh penghantarannya 2 hari selepas pendaftaran pelawat. Dalam email ini mungkin anda bertanyakan khabar pelawat. -Dan email yang terakhir, iaitu email ketiga, anda tetapkan 7 hari selepas pendaftaran pelawat. Dalam email ini anda mungkin mempromosikan produk jualan anda. Katakan Ali mendaftar pada kempen pemasaran email A anda. Selepas pendaftaran sahaja, beliau akan menerima email pertama yang dikirimkan oleh sistem autoresponder. Kemudian, pada hari kedua selepas beliau mendaftar, beliau akan menerima kedua dan pada hari ketujuh, email ketiga dikirimkan. Segala proses ini dijalankan secara automatik oleh sistem autoresponder tanpa campur tangan anda. Anda hanya perlu SET kan proses tersebut pada awal pembinaan kempen pemasaran tersebut dan sistem akan bekerja mengikut arahan. Begitulah proses sistem autoresponder ini berjalan bagi menjayakan pemasaran email secara automatik buat usahawan internet.

.gif)










.gif)
18/07/2010 - 00:01
Autoresponder amat penting di dalam pemasaran email. Untuk pastikan mailing list anda selamat, elakkan guna autoresponder percuma.
17/07/2010 - 18:19
autoresponder amat penting dalam email marketing. untuk ’selamat’, jangan guna autoresponder yang percuma.