..the singing IM
Perniagaan Internet
Apa Yang Pelanggan Mahukan?
Jan 4th
Senantiasa Peka
Mengutamakan segala kehendak pelanggan dan bertindak dengan cara yang betul
-Mengakui kewujudan pelanggan anda
-Mengambilkira segala keperluan pelanggan
-Tunjukkan keikhlasan yang tulen kepada pelanggan
-Sentiasa mendengar dan memahami hati pelanggan
Kepercayaan
Menjadi orang yang boleh dipercayai dalam tingkahlaku dan segala maklumat yang diberikan
-Memberi maklumat yang betul dan tepat
-Berpengetahuan yang luas dalam apa jua produk/perkhidmatan yang ditawarkan
-Berkeupayaan mengendalikan apa jua kehendak dan pertanyaan dari pelanggan
Menjadi sumber rujukan
Kepakaran dan kebolehan dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan
-Mampu mengendalikan pelbagai masalah dalam satu-satu masa
-Boleh menawarkan jalan penyelesaian alternatif
-Menyelesaikan masalah atau ketidakpuashatian pelanggan
-Jika gagal rujuk pelanggan anda kepada yang lebih pakar
Laman Jenama Interaktif melalui Facebook Pages
Dec 17th
Rangkaian sosial kini bukan lagi dilihat sebagai tempat bersosial sesama rakan2 di internet malah lebih dari itu.Antaranya rangkaian sosial seperti Faceboook dan Twitter kini digunakan oleh ahli perniagaan,artis/selebriti malah ahli politik juga menggunakan platform sosial network sebagai alat untuk melobi undi.Sebagai contoh,Barrack Obama semasa kempen, beliau telah mengupah orang kuat Facebook sendiri iaitu Chris Hughes untuk mengendalikan kempen beliau melalui Facebook dengan perbelanjaan hampir USD8 juta
Manakala dalam skop IM kita juga boleh mengaplikasikan teknik ini dengan membuka satu profile dalam FACEBOOK PAGES(FP). Read the rest of this entry »
Bagaimana Nak Berjimat?
Dec 14th
Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Cermat?
Kita mungkin tidak menyukai perkataan ini dalam kehidupan seharian kita tetapi, hari ini kita akan lebih kerap mendengarnya. Tanyalah nenek moyang kita, dan selalunya mereka akan memberitahu yang gaya hidup mereka sinonim dengan perkataan ini. Hari ini, orang mungkin berpendapatan lebih daripada nenek moyang mereka, jauh lebih banyak, tetapi entah bagaimana, duit kita sentiasa tidak mencukupi, apatah lagi untuk menyimpan. Tidak hairanlah kerana pada masa dahulu, anda boleh membeli semangkuk mee dengan harga lima sen tetapi pada hari ini, peminta sedekah pun akan merungut dengan lima sen yang anda beri kepadanya!
Bercermat atau berjimat cuma bermaksud mengurus demi untuk menyimpan. Bermakna, anda mendapat sebanyak mungkin duit anda. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga, dan di sini kami tegaskan yang bercermat bukan bermakna menjadi kedekut atau “kiam-sap” seperti kata orang-orang Hokkien.
Bagaimana saya boleh Bercermat atau Berjimat?
Terdapat banyak cara untuk hidup dengan duit yang sedikit dan di bawah adalah beberapa cadangan yang dapat membantu anda berhemat dengan wang Ringgit anda:
Read the rest of this entry »
Kenapa Perlu Anjurkan PPL?
Dec 12th
Dalam pemasaran internet,email merupakan salah satu cara pemasaran yang paling efektif setakat ini dan ianya memang terbukti dan ramai pakar pakar atau otai otai IM telah berjaya menjana wang yang banyak hanya dengan melakukan kaedah ini.Untuk melakukan teknik pemasaran ini seseorang IM itu perlu memiliki senarai nama email yang terkumpul dalam jumlah yang boleh dikatakan agak besar.Salah satu cara yang paling mudah untuk kita mengumpul senarai nama email ini adalah dengan menganjurkan program khas yang dipanggil PPL
PPL atau Pay Per Lead merupakan salah satu jalan pintas untuk kita membina senarai list email seramai yang mungkin dalam masa yang singkat.Untuk Read the rest of this entry »
Forum WangCyber Sumber Info Terbaik IM Tempatan
Nov 30th
Sepertimana yang kita ketahui forum di internet adalah tempat perbincangan para pelayar web bagi membincangkan pelbagai perkara serta berkongsi maklumat sesama mereka.Bagi Internet Marketer forum adalah salah satu platform yang penting bagi memasarkan produk-produk mereka,kerana di forum lah tempat yang sesuai kerana ramai trafik yang boleh dijadikan prospek kepada produk mereka.
Saya kira ramai IM yang kenal dengan Forum wangcyber.com. Forum ini diasaskan oleh saudara Suth,seorang IM yang dikenali ramai.Kewujudan forum ini amat bermakna pada semua IM kerana disini lah tempat berkumpulnya IM seluruh negara bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan pemasaran internet.Yang paling penting forum ini disertai oleh ramai BIG IM2 di Malaysia seperti Smartzul,Labanon,AmmrZahar,Alang,Inspiration,dan ramai lagi.Kehadiran mereka di forum ini banyak membantu usahawan internet yang masih baru untuk menimba ilmu pemasaran internet. Read the rest of this entry »

.gif)










.gif)
Komen Terbaru