..the singing IM
Siapa Saya
Salam Sejahtera
Nama penuh saya Zairulkefli bin Husin berusia 36 tahun berasal dari Pasir Puteh,Kelantan dan kini menetap di Kajang.Saya adalah usahawan internet separuh masa yang serius.Mula aktif di dalam bidang IM ini sejak April 2009.Saya mula mengenali bidang keusahawan internet ini sejak saya dihadiahkan sebuah latop oleh isteri saya dalam bulan Nov 2008,namun sebelum itu saya pernah menjadi subscriber kepada usahawan internet terkenal iaitu SmartZul selama beberapa bulan.Setelah saya melayari laman web Dr IK dan membeli buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar,segala-galanya semakin berubah,minat terhadap bidang ini semakin hari semakin bercambah.Saya mula mengorak langkah dengan menambah ilmu pengetahuan IM saya dengan banyak membaca ebook ebook berkaitan bidang IM.Dari situ saya mula mengenali apa itu blog.apa itu adsense,apa itu affiliate,clickbank,adwords dan bermacam macam lagi.
Setelah beberapa bulan mempelajari selok belok bidang ini ,saya memutuskan untuk fokus dalam pemasaran affiliate dan juga penerbitan ebook.Sejajar dengan itu saya mula mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah ebook percuma dan juga yang pertama dari saya iaitu “Asas Affiliate” dalam bulan Ogos 2009,dan alhamdulillah saya mendapat respon yang agak memberangsangkan walaupun saya masih dikategorikan sebagai ‘newbie’ lagi.
Setelah sambutan yang menggalakkan ke atas ebook ‘Asas Affiliate’ saya teruskan lagi dengan mencuba menulis sebuah ebook yang lain dari niche perniagaan internet,kali ini saya mencuba niche muzik/hiburan.Maka terhasillah ebook(juga edisi percuma) “50 Tips & Fakta Nyanyian” pada akhir bulan lepas iaitu Oktober 2009 dan alhamdulillah sambutan boleh dikatakan agak menggalakkan
Begitulah serba sedikit perihal diri saya dan track record saya dalam perniagaan internet ini.
Zarul Umbrella

.gif)










.gif)
05/01/2010 - 17:28
Silakan en elly..ebok tu mmg bagus jika anda nak melabur dalam emas,segala detail mengenai emas ada dalam ebook itu
05/01/2010 - 17:06
saya ada dpt email dr
http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=bobjbu
di sini ade kata2 dr abg ttg pelaburan emas..sy ingin bertanya dgn lebih lanjut ttg hal ini…
22/12/2009 - 08:04
boleh la bro tak la sehebat mana pun jika nak dibandingkan dgn IM yang lain
21/12/2009 - 21:13
woh brO bru lg ek da ade 2 ebook.. cayalah..
sy ni otw gak nk kuar ebook free.. huhu~ kna usaha lbh neh..
06/12/2009 - 11:08
secara ringkasnya ,nk buat ebook ni,awak kena ada idea,idea mengenai apa yg hendak anda tulis,mcm2 sebenarnya yg awak boleh tulis,kalau awak ada kepakaran,kemahiran atau kepandaian mengenai sesuatu perkara cthnya membaiki kereta,awak boleh buat mengenai membaiki kereta,setelah itu awak tulis lah dengan jelas dari A sampai Z mcmna nak repair kereta,tulis dalam Word dan convert ke dalam format pdf..pastikan tulisan awak mesti ada Pengenalan,Bab-bab dan Penutup9(mcm org buat assignment atau kertas kerja)
04/12/2009 - 14:27
salam..
bgaimana nk hasilkn e-book? mcmana nk dptkn idea utk mghasilkn e-book?