Zarul Umbrella@Blog » affiliate.marketing.internet biz.online biz.affiliate program

5 Rahsia Kegagalan Affiliate Dibongkarkan!!
Susah sangat ke nak dapat komisyen affiliate?

Seperti yang kita maklum, ramai orang baru yang mula-mula menceburi diri dalam pemasaran affiliate ini sering mengalami kegagalan menjana komisen. Sering saja dilihat orang baru ini mengadu akan kegagalan mereka kepada mereka-mereka yang berjaya dalam pemasaran affiliate ini.

Mereka berkata, mereka sudah melakukan bermacam-macam teknik promosi hasil panduan dari panduan yang dibeli mahupun yang boleh didapati percuma di internet. Tapi mereka masih gagal! Akibatnya, panduan yang dibeli mereka disalahkan!

Mengapa hal ini terjadi sebenarnya?

Sebenarnya, kegagalan mereka disebabkan beberapa sebab utama. Walaupun sebab kegagalan ini nampak remeh, tapi ramai yang mengabaikannya. Inilah punca mereka sering gagal menjana komisyen dalam affiliate.

Apakah sebab-sebab utama tersebut?

1. Mereka mengharapkan pulangan dengan segera.

Ramai yang melakukan pemasaran affiliate ini mengharapkan komisyen segera hasil promosi mereka. Disebabkan tamak, mereka tidak merancang sebelum memulakan promosi affiliate. Mereka tanpa berfikir panjang, terus saja mempromosikan produk affiliate yang disertai. Hasilnya, promosi mereka kelihatan seperti SPAM tanpa mereka sedarinya. Anda boleh lihat hasil-hasil promosi mereka melalui email. Sering saja mereka mereka hantar promosi affiliate melalui “forward email” , “bundle email” dan juga di SPAM box. Mereka tak sabar nak dapat pulangan segera dengan usaha promosi mereka. Disangkakan mereka boleh jana komisen dengan mudah hasil usaha seperti itu.

2. Mereka memilih program affiliate yang salah

Ya, mereka gagal jana komisen disebabkan memilih program affiliate yang salah. Kebanyakan mereka dilihat sering sertai program affiliate yang menjanjikan pulangan segera dengan mudah, tiada detail berkenaan penganjur program affiliate, harga produk yang tidak sesuai, penganjur affiliate yang kurang dikenali dan banyak lagi kecacatan pada program affiliate yang disertai. Anda perlu ingat, usah tertipu dengan program-program affiliate yang anda sertai yang mana ianya boleh mendatangkan risiko komisen anda tidak dibayar, lewat dibayar, produk tidak diberi kepada pembeli dan lain-lain. Sebenarnya, anda boleh dengan mudah untuk mengenali program-program affiliate yang dipercayai. Antaranya, melalui program affiliate yang diperkenalkan oleh Usahawan Internet yang ada nama dan juga dipercayai. Sebagai contoh, jika Zamri Nanyan (IM terkenal) promosikan sesuatu produk yang miliki program affiliate, anda boleh sertainya. Sudah pasti, komisen dibayar kepada agen-agen affiliate sekiranya mereka berjaya membuat jualan. Atau anda boleh sertai mana-mana program affiliate yang ramai disertai oleh ahli forum Wangcyber.com, carigold.com dan lain-lain. Biasanya, di forum wangcyber.com lah terdapat banyak program-program affiliate yang dianjurkan.

3. Mereka tidak kaji potensi program affiliate yang disertai

Inilah kegagalan utama dalam pemasaran affiliate. Mereka tidak tahu apa yang mereka promosikan. Apabila ditanya oleh prospek, mereka tidak dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Terutamanya jika promosi dilakukan melalui forum atau blog. Untuk menjayakan promosi affiliate sesuatu produk, sebaiknya mereka ketahui atau mencuba produk tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda promosikan sesuatu ebook, anda perlu tahu apa isi kandungan ebook tersebut dahulu. Anda perlu tahu bagaimanakah produk yang anda ingin promosikan dapat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka. Ingat! Prospek akan membeli sekiranya produk yang anda promosikan benar-benar dapat selesaikan masalah mereka. Dan sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana memperkenalkan produk tersebut kepada mereka. Selain itu, mereka juga tidak mengkaji atau membaca surat jualan (sales letter) bagi produk affiliate yang dipromosikan. Tahukah anda, sebagai agen affiliate, kerja anda menarik trafik kepada laman web yang anda promosikan. Sekiranya anda berjaya menarik banyak trafik sekalipun, tapi surat jualan web jualan tidak memikat, anda melakukan kerja yang sia-sia. Oleh itu, sebelum mulakan usaha promosi anda, pastikan sales letter web jualan adalah berpengaruh untuk menarik perhatian dan juga mampu membuatkan pembaca ingin membeli.

4. Mereka tidak FOKUS pada teknik promosi yang digunakan

Mungkin mereka ada 1001 satu cara promosi. Akan tetapi bukan semuanya berkesan. Dengan melakukan pelbagai teknik promosi, mereka tidak dapat fokus akan teknik-teknik atau strategi yang benar-benar berkesan. Bukan tak boleh lakukan banyak cara promosi, tapi sebaiknya anda fokus dengan satu-satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu mepromosikan sesuatu produk affiliate melalui email, anda perlu tahu strategi terbaik untuk lakukannya. Anda perlu tahu bagaimana menulis tajuk email yang mempengaruhi penerima email untuk membukanya, struktur ayatnya, tawarannya, ayat tindakannya, dan lain-lain. Dan anda perlu gunakan segala peluang yang ada pada sistem email yang and gunakan dalam promosi. Contohnya, dalam promosi melalui email, anda boleh gunakan fungsi seperti vacation responder, signature email, chat status, buzz dan lain-lain untuk melengkapkan usaha promosi and. Sesudah selesai melakukan promosi melaui satu-satu teknik, tidak mengapa untuk anda beralih kepada cara promosi yang lain pula.Dan pastikan anda fokus untuk hasilkan yang terbaik bagi setiap promosi tersebut. Yang penting, ambil masa untuk merancang dalam satu-satu teknik promosi yang anda gunakan supaya hasil yang terbaik dapat dikecapi.

5. Mereka tidak melakukan usaha yang tidak berterusan

Ramai agen affiliate tidak melakukan usaha promosi berterusan selepas melakukan satu-satu promosi. Lebih-lebih lagi jika usaha promosi yang dilakukan sebelum ini gagal menghasilkan jualan. Apabila gagal, mereka lemah semangat dan tidak meneruskan promosi. Untuk berjaya dalam menjana komisyen dengan affiliate, anda perlu lakukan promosi, promosi dan promosi. Tanpa promosi berterusan, adalah mustahil untuk anda berjaya. Sebagai agen affiliate, promosi adalah tugasan utama yang perlu anda lakukan dan perlu dilakukan secara berterusan. Sebab kegagalan utama orang baru adalah gagal untuk melakukan usaha promosi yang berterusan. Biasanya, mereka mudah give up apabila gagal. Tahukah anda, bagaimana affiliater-affiliater hebat mencapai kejayaan? Rahsianya, mereka melakukan usaha promosi yang berterusan. Gagal, mereka cuba lagi, cuba dan cuba lagi. Akan tetapi usah diulangi kegagalan yang serupa. Mereka akan memperbaiki segala kelemahan dalam usaha promosi yang dilakukan sebelum ini. Jika lakukan kesilapan yang serupa, memang tiada hasil la. Itulah hasilnya bagaimana mereka menjadi affiliater-affiliater yang terhebat. Jadi, cuba contohi usaha mereka. Usah mencari alasan kerana kegagalan, tapi cuba cari kesilapan kerana kegagalan.

Itu sajalah yang dapat saya kongsikan berkenaan ilmu pemasaran affiliate yang saya ketahui untuk pembaca. Semoga dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu pembaca untuk lebih berjaya dala menjana komisen dengan affiliate. Tiada yang mustahil dalam menjana income di internet, syaratnya anda memiliki ilmu untuk melakukannya.

Jamaluddin Bahari merupakan seorang usahawan internet part time yang bergiat aktif dalam pemasaran internet Malaysia terutamanya dalam bidang pemasaran ebook dan juga pemasaran affiliate. Dalam bidang affiliate, beliau telah menghasilkan 2 ebook berkenaan pemasaran affiliate. Satu darinya ebook berbayar iaitu Rahsia Affiliate Kerajaan di www.affiliatekerajaan.com yang mendapat sambutan hangat sejak ianya dilancarkan beberapa minggu yang lalu. Anda boleh kongsikan artikel ini dengan pembaca lain samada meletaknya pada blog anda, email, forum dan lain-lain degan syarat tidak mengubah apa-apa ayat dalam artikel ini.

Bagaimana Menghadapi Persaingan Dalam Pasaran Affiliate
Affiliate di Malaysia kini semakin hari semakin mencabar,ramai affiliate-affiliate yang berkaliber dan berjaya menjana pendapatan 4-5 angka setiap kali produk-produk baru dilancarkan.

Manakala ramai juga newbie-newbie affiliate yang semakin hari semakin ramai tumbuh macam cendawan selepas hujan.Hakikatnya dengan situasi sebegini menjadikan bidang pemasaran ini semakin hari semakin mencabar dan banyak persaingannya.

Kepada anda yang telah lama atau baru hendak mencuba nasib dalam affiliate ini,berundur bukan lah satu alasan untuk lari dr persaingan ini.Langkah-langkah pemasaran yang lebih efektif harus diambil untuk menongkah arus persaingan yang hebat kini.

Alamat email dan nama subsriber yang sama?

Tahukah anda bahawa tak semestinya anda mempunyai banyak atau ramai subscriber dalam mail list, anda mempunyai peluang yang cerah untuk buat duit yang banyak dalam affiliate, ini kerana pesaing anda mungkin mempunyai nama dan alamat email yang sama dengan anda,jadi disitu kita lihat peluang anda dah jadi 50-50

Kesimpulannya mail list yang banyak bukan penentu kejayaan anda semata-mata.

Keunikan Raihan

Jadi bagaimana nak memenagi persaingan ini?Jawapan saya adalah keunikan dan tersendiri.Sebelum saya menerangkannya,saya hendak membawa anda kepada satu situasi yang ada kaitan dengan hal ini.

Anda mesti kenal dengan kumpulan nasyid Raihan bukan?Mereka telah mencipta sejarah industri rakaman tanahair dengan rekod jualan mencecah 600,000 unit,tahukah anda mengapa mereka berjaya mencipta rekod jualan setinggi itu?Jawapannya adalah ringkas iaitu unik dan lain dari yang lain dalam bidang mereka.

Diharapkan dengan fakta itu tadi anda sudah faham apa yang saya maksudkan dengan unik itu tadi.Untuk menjadi unik ni ada caranya,tetapi ianya memerlukan masa,ilmu,dedikasi serta kesungguhan yang tinggi ,pendekata bukan senang nak jadi unik ni.

Mengapa saya berkata demikian,kerana keunikan itu akan lahir melalui kredibiliti.Anda perlu menaikkan nama anda dalam bidang yang anda ceburi dan membina reputasi sebaik mungkin,ada juga dikalangan newbie yang dapat membina kredibiliti mereka dengan pantas sekali contohnya AmmarZahar,Labanon dan Jamal(ebook Kerja Kerajaan)

Membina Kredibiliti

Bagaimana nak membina kredibiliti dan nama?

-Jadi penulis artikel didalam blog dan forum-forum

-Buat coaching,teleseminars atau webinars

-Banyakkan membantu rakan-rakan IM

-Menulis E-Book yang bermutu dan sold out!!

Secara ringkasnya itu tadi beberapa langkah untuk anda membina nama dan kredibiliti anda kearah menjadi affiliater yang Unik

Bila anda dah mempunyai nama serta kredibiliti yang tinggi dalam bidang anda maka ramai orang yang akan tertarik untuk membeli dari anda walaupun pesaing anda menawarkan tawaran yang lebih bagus,kerna mereka percaya pada anda,orang akan membeli dari orang yang mereka kenali.

Hakikatnya dalam perniagaan internet khususnya affiliate ini,nama,repo dan kredibiliti adalah segala-galanya

Bonus!Bonus!Bonus!

Selain keunikan serta kredibiliti seseorang affiliater itu,untuk berjaya membuat jualan dalam pemasaran affiliate ni kita kena jadi pemurah,maksud saya sentiasalah memberi hadiah serta bonus kepada pelanggan anda jika mereka membeli daripada anda.Kalau boleh pastikan free gift atau bonus itu memberi manfaat kepada pelanggan anda,sebagai contoh janganlah memberi hadiah yang terlampau banyak,ini menyesakkan hard disk komputer pelanggan anda jer,bukannya mereka boleh baca semua,lebih2 lagi yang dalam bahasa inggeris..bagi saya yang bagus bagilah ebook-ebook dalam bahasa melayu atau ebook tulisan anda sendiri yang belum dipasarkan lagi..mmm menarik bukan?Ini kerana anda kena ingat kat luar sana pun ramai jugak affiliater2 lain yang menggunakan teknik yang sama,jadi anda kena unik dalam memilih hadiah serta bonus untuk pelanggan anda

Memberi seminar atau Personal Coaching juga adalah salah satu contoh bonus yang menarik,nak lagi bagus tetapkan had untuk bonus ini contonya untuk 50 orang yang pertama sahaja,jadi nampak ada sense of urgeny dan membuat pelanggan anda berebut-rebut untuk mendapatkan bonus dari anda.

Dimanakah Anda Kini?

Kesimpulannya,bidang pemasaran affiliate ini memerlukan kreativiti yang tinggi bagi melangsungkan jualan yang diinginkan,tanpa kreativiti dan usaha yang bersungguh-sungguh anda tidak akan kemana-mana,malah anda akan ketinggalan jauh dibelakang,apa yang saya terangkan diatas tadi adalah bebrapa contoh sahaja terpulang anda untuk menggunakan atau mencipta strategi lain berpandukan tip-tips yang telah saya bg itu tadi.Semoga hasil usaha anda akan mencipta kejayaan yang diharap-harapkan