Agak lama saya tidak menulis di blog ini,maklumlah sibuk dengan urusan promosi ebook Rahsia Vokal saya yang baru dilancarkan awal bulan tempohari.Bukan itu sahaja,saya pun agak sibuk dengan urusan jual beli dengan pelanggan yang kekadang tu banyak karenahnya,kena banyak bersabar dan cuba sedaya upaya memahami kehendak pelanggan.

Alhamdulillah sambutan ebook ini juga boleh dibanggakan,memandangkan niche ini adalah yang agak jarang atau tidak keterlaluan saya katakan ianya adalah satu-satunya ebook yang pertama di Malaysia membicarakan tentang vokal,maka promosi perlu dilakukan dengan bijak. Read the rest of this entry »