Posts tagged Ebook

Rahsia Vokal-Ebook Sulung dari Zarul Umbrella

Alhamdulillah pada 8 Januari akan datang saya akan melancarkan sebuah ebook Rahsia Vokal,sebuah ebook yang pertama sekali pernah diterbitkan membicarakan pasal ilmu nyanyian dalam BM.

Idea untuk berkongsi maklumat tentang nyanyian ini timbul apabila ramai anak muda di tanahair yang mempunyai minat untuk menjadi penyanyi ini dibuktikan dengan kewujudan pertandingan nyanyian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Ramai yang juga sanggup beratur panjang dari subuh ke malam demi mengejar cita cita untuk menjadi penyanyi,namun segelintir saja yang berjaya dan selebihnya pulang dengan
kehampaan.Mereka mereka pada saya bukanlah tidak bagus atau tak boleh menyanyi tapi hakikatnya mereka kurang ilmu pengetahuan asas dalam nyanyian,dan jika diberi ilmu pengetahuan dan peluang tak mustahil mereka juga berupaya untuk berjaya menjadi penyanyi Diharapkan dengan adanya segala maklumat dalam ebook ini dapat membantu anda diluar sana yang ingin berjaya dalam nyanyian. Segala yang saya curahkan ini adalah berdasarkan dari pengalaman,pemerhatian,pembacaan saya dalam bidang ini dan selama hampir 5 tahun menjadi penyanyi professional Read the rest of this entry »

Faktor Utama Kejayaan Pemasaran Ebook Anda

Adakah anda menjual dan memasarkan ebook anda sendiri atau anda memasarkan ebook-ebook orang lain melalui program-program Affiliate ?

Tidak kisahlah samada anda memasarkan ebook sendiri mahupun ebook orang lain satu perkara yang perlu anda kuasai iaitu PENULISAN. Kenapa saya kata begitu?

Baik, katakan anda anda menjual ebook anda sendiri… untuk memasarkan melalui internet anda perlukan kempen dan promosi dan anda perlu memberi penerangan tentang produk anda kepada prospek.

Untuk itu anda perlu gunakan beberapa medium di internet seperti Blog, Forum, meletakkan artikel-artikel contohnya di Scribd.com, penghantaran email, pengiklanan di internet dan sebagainya bagi memastikan supaya anda memperolehi seberapa ramai prospek dalam usaha anda untuk mempromosi ebook anda. Read the rest of this entry »