Posts tagged pemasaran email

AutoResponder??

Sistem autoresponder boleh diumpamakan sebagai seorang setiausaha atau sebagai seorang personal assistant yang bertindak menyelia segala aktiviti pemasaran email anda. Secara ringkasnya, proses kerja sistem autoresponder adalah seperti berikut: 1.Anda bina kempen pemasaran email yang diperlukan pada sistem autoresponder.

2.Anda dapatkan code borang subscribe (OPT-IN) kempen pemasaran yang telah dibina untuk dimasukkan ke dalam laman web anda.

3.Web yang telah mengandungi borang subscribe tersebut dipromosikan.

4.Pelawat yang melayari ke web tersebut akan mendaftar pada borang subscribe dengan memasukkan nama dan alamat email mereka.

5.Data mereka akan disimpan ke dalam database kempen pemasaran autoresponder yang terlibat Read the rest of this entry »

Tingkatkan Taraf Strategi Pemasaran Emel Anda

PemasaPasar emailran emel telah menjadi salah satu strategi inovatif yang disediakan oleh Internet sejak beberapa tahun yang lalu. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Direct Marketing Association (DMA), 2 per 3 syarikat-syarikat besar mengakui keuntungan yang diperolehi meningkat setelah mereka mula menggunakan pemasaran emel dan 63% dari mereka bersetuju teknik pemasaran emel adalah teknik terbaik untuk mengekalkan hubungan dengan para pelanggan.

Boleh dikatakan hampir setiap pengguna Internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun emel, maka fakta ini boleh digunakan untuk kebaikan perniagaan anda. Terdapat banyak cara untuk memajukan perniagaan anda dan penggunaan strategi pemasaran emel adalah salah satu daripadanya.

Walaupun begitu, anda perlu mempelajari bagaimana cara yang sebenar untuk menggunakan strategi pemasaran emel ini secara efektif. Di bawah ini adalah beberapa tip-tip ringkas tentang cara-cara menjadikannya efektif dalam membantu perniagaan anda:-

1. Kekalkan Konsep Ringkas dan Terus-Terang

Kesederhanaan itu adalah penting. Terdapat banyak emel-emel yang dipenuhi dengan iklan yang dihantar kepada pelanggan dan biasanya mereka akan membuangnya tanpa berfikir panjang. Dengan mengekalkan konsep ringkas dan berterus-terang dalam emel anda terutama sekali di bahagian tajuk, anda akan dapati ada perbezaannya. Kemungkinan emel anda itu akan dibaca oleh para pelanggan adalah tinggi berbanding dengan emel yang terlalu ‘detail’ dan panjang berjela-jela. Berikan maklumat ringkas, terus kepada kelebihan tawaran yang dibuat dan terus kepada laman jualan. Tetapi jangan lupa untuk memasukkan ayat ‘call to action’ dalam emel anda tersebut kerana ia merupakan cara yang paling lama dan masih berkesan dalam ‘meminta’ pelanggan membuat keputusan yang anda inginkan. Read the rest of this entry »