Alhamdulillah pada 8 Januari akan datang saya akan melancarkan sebuah ebook Rahsia Vokal,sebuah ebook yang pertama sekali pernah diterbitkan membicarakan pasal ilmu nyanyian dalam BM.

Idea untuk berkongsi maklumat tentang nyanyian ini timbul apabila ramai anak muda di tanahair yang mempunyai minat untuk menjadi penyanyi ini dibuktikan dengan kewujudan pertandingan nyanyian yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Ramai yang juga sanggup beratur panjang dari subuh ke malam demi mengejar cita cita untuk menjadi penyanyi,namun segelintir saja yang berjaya dan selebihnya pulang dengan
kehampaan.Mereka mereka pada saya bukanlah tidak bagus atau tak boleh menyanyi tapi hakikatnya mereka kurang ilmu pengetahuan asas dalam nyanyian,dan jika diberi ilmu pengetahuan dan peluang tak mustahil mereka juga berupaya untuk berjaya menjadi penyanyi Diharapkan dengan adanya segala maklumat dalam ebook ini dapat membantu anda diluar sana yang ingin berjaya dalam nyanyian. Segala yang saya curahkan ini adalah berdasarkan dari pengalaman,pemerhatian,pembacaan saya dalam bidang ini dan selama hampir 5 tahun menjadi penyanyi professional Read the rest of this entry »