My New Avatar

Salam Sejahtera

Nama penuh saya Zairulkefli bin Husin berusia 36 tahun berasal dari Pasir Puteh,Kelantan dan kini menetap di Kajang.Saya adalah usahawan internet separuh masa yang serius.Mula aktif di dalam bidang IM ini sejak April 2009.Saya mula mengenali bidang keusahawan internet ini sejak saya dihadiahkan sebuah latop oleh isteri saya dalam bulan Nov 2008,namun sebelum itu saya pernah menjadi subscriber kepada usahawan internet terkenal iaitu SmartZul selama beberapa bulan.Setelah saya melayari laman web Dr IK dan membeli buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar,segala-galanya semakin berubah,minat terhadap bidang ini semakin hari semakin bercambah.Saya mula mengorak langkah dengan menambah ilmu pengetahuan IM saya dengan banyak membaca ebook ebook berkaitan bidang IM.Dari situ saya mula mengenali apa itu blog.apa itu adsense,apa itu affiliate,clickbank,adwords dan bermacam macam lagi.

Setelah beberapa bulan mempelajari selok belok bidang ini ,saya memutuskan untuk fokus dalam pemasaran affiliate dan juga penerbitan ebook.Sejajar dengan itu saya mula mengorak langkah dengan menghasilkan sebuah ebook percuma dan juga yang pertama dari saya iaitu “Asas Affiliate” dalam bulan Ogos 2009,dan alhamdulillah saya mendapat respon yang agak memberangsangkan walaupun saya masih dikategorikan sebagai ‘newbie’ lagi.

Setelah sambutan yang menggalakkan ke atas ebook ‘Asas Affiliate’ saya teruskan lagi dengan mencuba menulis sebuah ebook yang lain dari niche perniagaan internet,kali ini saya mencuba niche muzik/hiburan.Maka terhasillah ebook(juga edisi percuma) “50 Tips & Fakta Nyanyian” pada akhir bulan lepas iaitu Oktober 2009 dan alhamdulillah sambutan boleh dikatakan agak menggalakkan

Begitulah serba sedikit perihal diri saya dan track record saya dalam perniagaan internet ini.

Zarul Umbrella