1.Belajar
Anda mesti sentiasa ada sifat ingin belajar tak kira setinggi mana sekalipun imu anda dalam IM,kerana ilmu tak pernah habis,belajar tak kira dengan sesapa sahaja baik dari newbie atau otai.

2.Bertindak
Sering bertindak dengan cepat dan selalu berusaha kearah memajukan perniagaaan,no action no money

3.Semangant Ingin Berjaya
Keinginan untuk berjaya amat penting kerana dari semangat inilah yg akan memacu diri anda agar lebih bekerja keras ke arah kejayaan

4.Disiplin Diri
Ini juga amat penting jika ingin berjaya,lakukan perancangan anda dan latih diri berdisiplin dalam mengikuti segala perancangan yang telah dibuat,jangan lakukan sesuatu benda dengan hangat2 t**i ayam jer.hari ini nak buat esok buat benda lain yang tidak mendatangkan keuntungan kepada anda

5.Bersikap Positif
Sentiasa bersifat positif dengan segala apa jua tindakan kita,jangan sesekali terpengaruh dengan sikap2 negatif kerana ianya akan membantutkan impian kita untuk berjaya

6.Jangan Cepat Mengalah/Putus Asa
Segala kesenangan tak akan datang dalam sekelip mata,tanaman pun tak akan membuahkan hasil setelah semalam ditanam,jadi bersabar dan tempuhi segala cabaran dengan rela hati dan jangan putus asa

7.Fokus
Sentiasa jaga momentum fokus anda jangan sesekali anda terleka,sentiasa berfikir dan mencari idea2 segar,ikuti perancangan anda secara teliti