Dalam pemasaran internet,email merupakan salah satu cara pemasaran yang paling efektif setakat ini dan ianya memang terbukti dan ramai pakar pakar atau otai otai IM telah berjaya menjana wang yang banyak hanya dengan melakukan kaedah ini.Untuk melakukan teknik pemasaran ini seseorang IM itu perlu memiliki senarai nama email yang terkumpul dalam jumlah yang boleh dikatakan agak besar.Salah satu cara yang paling mudah untuk kita mengumpul senarai nama email ini adalah dengan menganjurkan program khas yang dipanggil PPL

PPL atau Pay Per Lead merupakan salah satu jalan pintas untuk kita membina senarai list email seramai yang mungkin dalam masa yang singkat.Untuk menganjurkan PPL,seorang usahawan internet itu perlu mempunyai modal yang banyak ini bagi  menyediakan komisyen kepada agen yang akan menyertai program PPL dan berjaya membawa prospek ke laman web penganjur.

PPL Langkah Demi Langkah

  • · Pertama sekali sebelum menganjurkan PPL usahawan internet tersebut perlu menyediakan laman web squeeze page yang telah disiap dipasang dengan borang opt-in
  • · Kedua perlu ada satu atau lebih produk percuma seperti ebook,laporan,newsletter dsb
  • · Kemudian siapkan skrip affiliate dan pasang diwebsite
  • · Buka dan umumkan kepada IM yang lain mengenai PPL yang anda anjurkan
  • · Set kan target PPL anda cthnya berapa jumlah email yg anda nak atau anda hadkan masa PPL cthnya 2 minggu atau 1 bulan
  • · Letakkan jumlah komisyen bagi setiap lead –pada pendapat saya RM0.50 adalah berpatutan
  • · Setkan minimum pay-out [minimum pay-out adalah jumlah minima yang perlu dikumpulkan oleh setiap agen bagi melayakkan mereka menerima komisyen]sebagai cth kalau komisyen anda bagi satu lead adalah rm0.50 dan minimum pay-out anda adalah RM5 maka dengan itu setiap agen perlu membawa seramai 10 lead ke lama web penganjur bagi melayakkan mereka menerima komisyen .

Secara ringkasnya proses penganjuran PPL ini sama seperti kita membina website jualan dengan system affiliate.Walaupun  dengan penganjuran PPL ini kita terpaksa berhabis wang untuk mendapatkan prospek atau subscriber namun pulangan akan anda terima setelah anda mula membuat promosi email produk anda atau produk affiliate anda.Saya berani jamin kalau anda ada 1000 list paling kurang 5-10 orang akan membeli–ini adalah pengalaman saya sendiri

Salah satu PPL yang tengah berjalan sekarang adalah di www.gempaknewbie .com anda boleh lawati laman ini disini