Affiliate di Malaysia kini semakin hari semakin mencabar,ramai affiliate-affiliate yang berkaliber dan berjaya menjana pendapatan 4-5 angka setiap kali produk-produk baru dilancarkan.

Manakala ramai juga newbie-newbie affiliate yang semakin hari semakin ramai tumbuh macam cendawan selepas hujan.Hakikatnya dengan situasi sebegini menjadikan bidang pemasaran ini semakin hari semakin mencabar dan banyak persaingannya.

Kepada anda yang telah lama atau baru hendak mencuba nasib dalam affiliate ini,berundur bukan lah satu alasan untuk lari dr persaingan ini.Langkah-langkah pemasaran yang lebih efektif harus diambil untuk menongkah arus persaingan yang hebat kini.

Alamat email dan nama subsriber yang sama?

Tahukah anda bahawa tak semestinya anda mempunyai banyak atau ramai subscriber dalam mail list, anda mempunyai peluang yang cerah untuk buat duit yang banyak dalam affiliate, ini kerana pesaing anda mungkin mempunyai nama dan alamat email yang sama dengan anda,jadi disitu kita lihat peluang anda dah jadi 50-50
Kesimpulannya mail list yang banyak bukan penentu kejayaan anda semata-mata.

Keunikan Raihan

Jadi bagaimana nak memenagi persaingan ini?Jawapan saya adalah keunikan dan tersendiri.Sebelum saya menerangkannya,saya hendak membawa anda kepada satu situasi yang ada kaitan dengan hal ini.

Anda mesti kenal dengan kumpulan nasyid Raihan bukan?Mereka telah mencipta sejarah industri rakaman tanahair dengan rekod jualan mencecah 600,000 unit,tahukah anda mengapa mereka berjaya mencipta rekod jualan setinggi itu?Jawapannya adalah ringkas iaitu unik dan lain dari yang lain dalam bidang mereka.

Diharapkan dengan fakta itu tadi anda sudah faham apa yang saya maksudkan dengan unik itu tadi.Untuk menjadi unik ni ada caranya,tetapi ianya memerlukan masa,ilmu,dedikasi serta kesungguhan yang tinggi ,pendekata bukan senang nak jadi unik ni.
Mengapa saya berkata demikian,kerana keunikan itu akan lahir melalui kredibiliti.Anda perlu menaikkan nama anda dalam bidang yang anda ceburi dan membina reputasi sebaik mungkin,ada juga dikalangan newbie yang dapat membina kredibiliti mereka dengan pantas sekali contohnya AmmarZahar,Labanon dan Jamal(ebook Kerja Kerajaan)

Membina Kredibiliti

Bagaimana nak membina kredibiliti dan nama?
-Jadi penulis artikel didalam blog dan forum-forum
-Buat coaching,teleseminars atau webinars
-Banyakkan membantu rakan-rakan IM
-Menulis E-Book yang bermutu dan sold out!!

Secara ringkasnya itu tadi beberapa langkah untuk anda membina nama dan kredibiliti anda kearah menjadi affiliater yang Unik

Bila anda dah mempunyai nama serta kredibiliti yang tinggi dalam bidang anda maka ramai orang yang akan tertarik untuk membeli dari anda walaupun pesaing anda menawarkan tawaran yang lebih bagus,kerna mereka percaya pada anda,orang akan membeli dari orang yang mereka kenali.

Hakikatnya dalam perniagaan internet khususnya affiliate ini,nama,repo dan kredibiliti adalah segala-galanya

Bonus!Bonus!Bonus!

Selain keunikan serta kredibiliti seseorang affiliater itu,untuk berjaya membuat jualan dalam pemasaran affiliate ni kita kena jadi pemurah,maksud saya sentiasalah memberi hadiah serta bonus kepada pelanggan anda jika mereka membeli daripada anda.Kalau boleh pastikan free gift atau bonus itu memberi manfaat kepada pelanggan anda,sebagai contoh janganlah memberi hadiah yang terlampau banyak,ini menyesakkan hard disk komputer pelanggan anda jer,bukannya mereka boleh baca semua,lebih2 lagi yang dalam bahasa inggeris..bagi saya yang bagus bagilah ebook-ebook dalam bahasa melayu atau ebook tulisan anda sendiri yang belum dipasarkan lagi..mmm menarik bukan?Ini kerana anda kena ingat kat luar sana pun ramai jugak affiliater2 lain yang menggunakan teknik yang sama,jadi anda kena unik dalam memilih hadiah serta bonus untuk pelanggan anda

Memberi seminar atau Personal Coaching juga adalah salah satu contoh bonus yang menarik,nak lagi bagus tetapkan had untuk bonus ini contonya untuk 50 orang yang pertama sahaja,jadi nampak ada sense of urgeny dan membuat pelanggan anda berebut-rebut untuk mendapatkan bonus dari anda.

Dimanakah Anda Kini?

Kesimpulannya,bidang pemasaran affiliate ini memerlukan kreativiti yang tinggi bagi melangsungkan jualan yang diinginkan,tanpa kreativiti dan usaha yang bersungguh-sungguh anda tidak akan kemana-mana,malah anda akan ketinggalan jauh dibelakang,apa yang saya terangkan diatas tadi adalah bebrapa contoh sahaja terpulang anda untuk menggunakan atau mencipta strategi lain berpandukan tip-tips yang telah saya bg itu tadi.Semoga hasil usaha anda akan mencipta kejayaan yang diharap-harapkan
__________________