Sepertimana yang kita ketahui forum di internet adalah tempat perbincangan para pelayar web bagi membincangkan pelbagai perkara serta berkongsi maklumat sesama mereka.Bagi Internet Marketer forum adalah salah satu platform yang penting bagi memasarkan produk-produk mereka,kerana di forum lah tempat yang sesuai kerana ramai trafik yang boleh dijadikan prospek kepada produk mereka.

Saya kira ramai IM yang kenal dengan Forum wangcyber.com. Forum ini diasaskan oleh saudara Suth,seorang IM yang dikenali ramai.Kewujudan forum ini amat bermakna pada semua IM kerana disini lah tempat berkumpulnya IM seluruh negara bagi membincangkan pelbagai topik berkaitan pemasaran internet.Yang paling penting forum ini disertai oleh ramai BIG IM2 di Malaysia seperti Smartzul,Labanon,AmmrZahar,Alang,Inspiration,dan ramai lagi.Kehadiran mereka di forum ini banyak membantu usahawan internet yang masih baru untuk menimba ilmu pemasaran internet.

Berdasarkan pengalaman saya,forum ini adalah salah satu sumber maklumat bagi saya untuk menggali ilmu ilmu pemasaran internet ketika saya mula menjerumuskan diri dalam bidang keusahawanan internet suatu ketika dulu.Selain maklumat ‘percuma’ yang diperolehi disini,usahawan internet juga dapat melebarkan network mereka dikalangan usahawan usahawan internet yang lain sekaligus dapat membina reputasi diri dan perniagaan.Tak dinafikan jika anda aktif di forum ini anda juga akan ‘up-to-date’ dengan isu isu terbaru yang berlaku dalam perniagaan internet contohnya,kita akan dapat tahu apakah produk terbaru yang dilancarkan,apakah tip-tip terbaru dalam adsense,apakah affiliate yang terbaru dan hangat untuk disertai,PPL terbaru dan sebagainya.Tak lupa juga pertandingan afiliate atau lebih dikenali sebagi ‘Cabaran’ dalam forum wangcyber yang  merupakan ‘thread’ untuk IM menguji skil pemasaran mereka

Bagi usahawan internet,menyiapkan sesautu produk memerlukan mereka yang pakar dalam bidang tertentu,contohnya untuk membina satu minisite memerlukan seorang pakar reka grafik yang mahir.Di forum wangcyber segalanya ada,apa yang anda perlukan adalah membuka satu thread dan buat pengumuman untuk mencari grafik designer..dan dalam beberapa minit jer anda akan dihujani reply yang menawarkan servis itu kepada anda.Ini juga akan membantu para IM untuk memilih harga yang berpatutan dan dirasakn murah atau dalam bajet mereka.

Jika diikutkan banyak lagi sebenarnya kelebihan kelebihan yang akan anda dapat  jika menyertai forum wangcyber.com. ini.Jadi jika anda masih lagi baru dalam bidang ini saya rekomenkan anda untuk menyertainya

Kesimpulannya Forum WangCyber merupakan sumber info terbaik setakat ini di Malaysia selain beberapa forum yang seumpamanya seperti DuitMania.com dan JomBincang.com.

p/s pada saya wc ibarat perpustakaan bagi IM dan macam macam ada…