Mungkin ramai antara kita yang masih kabur dan samar-samar mengapa begitu pentingnya untuk mengumpul dan membina senarai email sendiri.Hanya mereka yang mempunyai senarai email sendiri sahaja yang tahu betapa nikmat dan mudahnya kaedah pemasaran email dalam memasarkan sesuatu produk.

Katakan jika sehari anda mengumpul sebanyak 10 senarai email,setahun anda sudah mempunyai sebanyak 3650 senarai email.Masuk tahun kedua anda sudah mampu untuk memiliki 7300 senarai email.Bayangkan jika anda bazirkan masa selama 2 tahun tanpa mengumpul senarai email,anda sebenarnya telah kerugian lebih kurang 7300 senarai email yang mampu menghasilkan jualan sekurang-kurangnya rm 20,000 setahun.

Salah satu sebab utama kenapa penting dan perlunya anda untuk memiliki senarai email ialah “Mudah Untuk anda Memasarkan Produk  Sendiri”. Bayangkan jika anda memiliki 10,000 senarai  email sendiri.Dari sini anda sudah mempunyai pasaran anda sendiri dan dengan hanya sekali klik sahaja,email promosi anda telah sampai ke  beribu-ribu pelanggan anda,dan kemudian anda pasti tersenyum melihat hasilnya.

Dengan adanya pasaran sendiri juga daripada senarai yang anda bina sebenarnya dapat mengurangkan pergantungan terhadap orang lain kerana anda boleh berdiri atau bergantung sepenuhnya atas senarai yang anda bina.

Untuk makluman anda,Team Aspirasi Cyber telah menyiapkan sebuah ebook berkenaan pemasaran email yang sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan mereka turut menyediakan bimbingan khusus melalui keahlian istimewa.Anda boleh dapatkannya di sini segera: